Saturday 19 November 2011

amalan pembuka pintu rezki




Dalam menjalankan perniagaan , perlulah kita mengetahui amalan-amalan dalam Islam yang boleh kita sama-sama amalkan untuk mendekatkan diri kepadaNya di samping dapat membuka lagi pintu rezeki. Di sini saya kongsikan sedikit info tentang Solat Dhuha yang merupakan satu amalan sunat yang sangat- sangat dituntut dalam Islam untuk sama- sama kita amalkan.
Solat dhuha adalah solat sunat ab'adh yang amat dituntut bagi Nabi Muhammad selain solat witir. Kita sebagai umatnya sebaiknya mengikuti anjuran Nabi kita. Bukankah Nabi itu contoh ikutan yang baik?

Solat didirikan pada waktu dhuha - kira-kira matahari segalah, 8.00-10.30 pagi waktu Malaysia. Ketika ini, pagi amat cerah, suam haba dengan vitamin percuma matahari. Waktu inilah yang dilarang tidur, kerana ketika ini rezeki dan rahmat sedang disebarkan.

Amnya, solat asasnya mudah saja, mungkin sekitar 3-5 minit saja. Lagi bagus jika dipanjangkan sesuai dengan pergerakan, bacaan , keperluan diri dan kesungguhan hati.
Cara:
Niat "Sahaja aku solat dhuha, 2 rakaat, sunat, kerana Allah Ta'ala".
Terpulang untuk surah bacaan selepas Al-Fatihah bagi rakaat 1 dan 2. Aku suka baca Surah As-Syams (rakaat 1) dan Surah Adh-Dhuha (rakaat 2); atau Surah Adh-Dhuha (rakaat 1) diikuti Surah Al-Insyirah (rakaat 2).
Boleh tambah lagi beberapa solat lagi, jika rajin dengan 2 rakaat 1 salam. Bacalah surah-surah lain pula.
Doa selepas solat sunat dhuha:

Maksudnya:
Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu.

Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar.. mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 
“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.”
- Hadis Riwayat Tirmizi

No comments:

Post a Comment