Sunday 20 November 2011

Asy-Syams -pengenalan

Ash-Shams.png


Surat Asy-Syams (سورة الشمس) adalah surat ke-91 dalam Al Quran, terdiri atas 15 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Qadr. Dinamai Asy Syams (matahari) diambil dari perkataan Asy Syams yang terdapat pada ayat permulaan surat ini.


isi kandungan

  • Kaum Tsamud telah dihancurkan Allah kerana kederhakaannya.

  • Tuhan memberi bayangan bahawa hal ini adalah mudah bagi-Nya,

  • sebagaimana mudahnya menciptakan benda-benda alam, siang dan malam, dan menciptakan jiwa yang tersebut dalam sumpah-Nya;

  • Allah memberitahukan kepada manusia jalan ketakwaan dan jalan kekafiran;

  • manusia mempunyai kebebasan memilih antara kedua jalan itu.

  • Surat Asy Syams berisi dorongan kepada manusia untuk membersihkan jiwanya agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat dan menyatakan bahawa Allah akan menimpakan azab kepada orang-orang yang mengotori jiwanya seperti halnya kaum Tsamud.

    No comments:

    Post a Comment