Tuesday 15 November 2011

buah tin




Seperti yang sedia maklum buah tin ini disebut2 dalam surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun. Apakah keistimewaannya?
Ada riwayat yang mengatakan, iaitu dari Abu Zar r.a. :-
Bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi Muhammad SAW pun mengajak sahabat2 nya makan bersama. Kemudian baginda pun bersabda,” Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturun dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah2an syurga tiada biji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir dan bermanfaat untuk sakit2 badan.”
Setengah2 ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana daun buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di syurga ketika Allah singkap aurat kedua2nya selepas memakan buah larangan dari syurga.






Buah Tin (ficus carica L.) adalah sejenis buah yang berasal dari Asia Barat. Ia juga dikenal dengan nama ‘Ara’ dan dalam bahasa Inggeris disebut Fig. Buah Tin terdiri dari pelbagai jenis species….mungkin yang kat malaysia ni lainlah sikit dari yang Nabi kita makan.

No comments:

Post a Comment