Monday 14 November 2011

gandaan malam Lailatul Qadr





“Lailatul Qadar, malam ganjaran dalam gandaan yang berkah dengan kadar 1,000 x 30 x 10 = 300,000 hari. Satu malam Lailatul Qadar dengan tukaran ukuran yang bernilai 10 dan seterusnya untuk menjadikan 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun.
Seseorang yang dapat meraih ILMU sebagai ibadah yang paling banyak rahmatnya pada malam bermandikan cahaya ILAHI.

Saya menyeru semua pengamal yang dikasihi agar tingkatkan usaha sebagai penentu dalam menyusun satu pengaturan kekayaan dalam ILMU dan AMAL sebagai IBADAH kita merawat pesakit sebagai amalan yang konsisten hingga ke 10 malam terakhir dan akhirnya beroleh kejayaan hingga ke akhir hayat.

Bermulalah dari ruang dan masa yang indah di bulan Ramadhan ini Insya Allah.”

 

97:1 Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

97:2 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

97:3 Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

97:4 Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

97:5 Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

No comments:

Post a Comment