Monday 21 November 2011

hari 10 dalam Al-Fajr



Allah telah bersumpah dengan hari-hari 10 pertama Zulhijjah. Firman Allah:

“1. Demi fajar, 2. Dan malam yang sepuluh, 3. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3)

Menurut setengah ahli tafsir: “fajr” ialah fajr hari Nahar (Eidul Adha), iaitu hari haji akbar (terbesar). “Dan malam yang sepuluh” ialah dari awal Zulhijjah dan berakhir pada hari Nahar. “Dan yang genap dan yang ganjil” ialah hari-hari Tasyrik.

Firman Allah:

“Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan”. (Al-Hajj: 28)

“Hari-hari yang ditentukan” ialah hari-hari yang sepuluh.

Firman Allah:

“Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang”. (Al-Baqarah: 203)

“Hari yang berbilang” ialah hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Hari-hari yang sepuluh; ialah yang melengkapkan 40 hari nabi Musa. Firman Allah:

“Dan telah kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam”. (Al-A’raf: 146)

30 hari ialah sepanjang bulan Zulkaedah dan 10 hari pula hari 10 yang pertama Zulhijjah Miqat nabi Musa sempurna sehingga hari nahar dan padanya juga Allah menyempurnakan agama kepada Muhammad saw.

Di dalam hadith:

“Hari sepuluh ialah hari raya Adha, yang ganjil ialah hari Arafah dan yang genap ialah hari Nahar. (Musnad Imam Ahmad: 327/3), (Shakir / Hamzah: 14448 Sahih)

No comments:

Post a Comment