Monday 14 November 2011

malam Lailatul Qadr

Satu malam di antara malam-malam di bulan Ramadhan dinamakan Lailatul-Qadr yang penuh keberkatan dan merupakan malam kebaikan. Al-Quran ada menyebutkan kelebihan malam ini di dalam Surah Al-Qadr.



-sumbangan pakcik google



Allamah Razi rahimullah menulis bahawa pada mulanya apabila para malaikat melihat manusia, mereka menampakkan kebenciannya terhadap manusia dan berkata kepada Allah :

Apakah Engkau hendak menciptakan suatu makhluk yang akan melakukan kerosakan di atas permukaan bumi dan menumpahkan darah?”

Begitu pula kedua orang tua kamu ketika melihat kamu dalam bentuk setitis air mani merasa benci kepada kamu, tetapi apabila Allah memberi kamu bentuk yang lebih baik, maka mereka pun mulai mengasihi dan menyayangi kamu.
Pada malam itu, dengan taufiq Allah taala kamu sibuk mengenali dan mentaati Allah. Maka para malaikat turun untuk memohon maaf atas pandangan mereka terdahulu.


Di dalam Kitab Sunan Baihaqi diriwayatkan melalui Anas r.a bahawa pada Lailatul-Qadr, Jibrail a.s turun bersama para malaikat dan mereka mendoakan rahmat untuk sesiapa sahaja yang dilihat sibuk berzikir dan lain-lain ibadah.

Dalam Kitab Mazahir Haq ditulis bahawa pada malam itulah malaikat diciptakan dan unsur-unsur kejadian Adam a.s mulai dikumpulkan dan pada malam itu pohon-pohon dalam Syurga ditanam.
Dalam riwayat lain dikatakan bahawa doa-doa dan amalan dikabulkan pada malam itu.


Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

” Carilah olehmu Lailatul-Qadr pada malam-malam ganjil dari 10 malam pada akhir bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment