Tuesday 15 November 2011

setiap kesusahan ada kesenangan

Sebut je “setiap kesusahan pasti ade kesenangan” pasti terlintas difikiran kita surah Al-Insyirah bukan ? Pada ayat ke berapa ??ayat ke- 5 dan ke-6 .
Mari kita tadabbur surah ini .





Jika kita tadabbur makna ayat ke 5 dan ke 6 .Ia membawa maksud :

Ayat ke-5) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
Ayat ke-6)sesungguhnya bersama kesulitan ade kemudaahan

 
Jika belajar nahu @ tatabahasa dalam bahasa arab.Kita boleh lihat pada kalimah AL-USRI yakni membawa maksud kesusahan. Manakala YUSRAAN bermaksud kemudahan.

Kenapa kalimah USRO (kesusahan)ditambah dengan alim lam (AL).Hal ini menunjukkan Allah mengspesifikan/menghususkan (ma’rifah) kesusahan tersebut.Kiranya Allah mengatakan bahawa setiap dari kita akan melalui kesusahan dahulu yakni kesusahan yang amat sukar dan kemudian baru datangnya kemudahan.

 
Kalimah YUSRO dalam kaedah nahunya Allah menunjukkan bahawa adanya kemudahan yang banyak tanpa dikhususkan iaitu umum.

Kemudian Allah mengulangi ayat ini pada ayat seterusnya.

Ini jelas ALLAH menegaskan bahawa akan datangnya kemudahan yang banyak setelah kesusahan mahupun kesulitan.

Maka yakinlah kita pada janji Allah s.w.t , setiap kesusahan pasti akan didatangkan dengan kemudahan yang berlimpah-limpah.Cume kesabaran yang benar-benar utuh wajib disematkan dalam diri kerana orang yg beriman yg diuji oleh ALLAH wajib bersabar.

No comments:

Post a Comment