Monday 14 November 2011

ubun-ubun berdasarkan surah Al-'Alaq



















 
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya
(iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (al-Alaq 15-16)





Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya)
sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! (al-Alaq 19)


Saya akan mengulas tentang surah Al-Alaq ayat 15-16 itu dulu ya. Perkataan (nasiya) yang digariskan itu bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) dalam ayat tersebut bermaksud ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan.

Ubun-ubun juga dikenali sebagai Prefrontal Cortex. Dulu masa kecik2 nenek selalu bising kalau usap bayi dia tak bagi usik ubun-ubun. “jange usik ubun dio, lembik lagi tuhhh..”

Baiklah, zaman sekarang orang gunakan kaedah fMRI untuk mengesan pembohongan. Dalam situasi berbohong, terdapat 7 kawasan yang aktif manakala situasi bercakap benar 4 kawasan aktif. Sebab otak sedang bertungkus lumus mengeluarkan idea-idea bagi melojikkan pembohongan *perkataan ‘melojikkan’ haha agak lucu sedikit* kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

No comments:

Post a Comment