Wednesday 2 January 2013

kelebihan Surah Al-Mulk






بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, Surah ini dapat meringankan azab di dalam kubur. Ianya amat berguna kepada sesiapa yang ingin memohon kemuliaan di dunia & kerehatan di akhirat kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sangat gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca Surah Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya. Al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk.”
.
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk.” (Riwayat Imam Ahmad)
.

Kelebihan Surah Al-Mulk

Di antara kelebihan Surah Al-Mulk ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
.
Bacalah Surah Al-Mulk (Tabarakallazi biyadihi al-mulk), dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah SAW supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab dan seksa neraka.


sumber dari: shafiqolbu.wordpress.com

No comments:

Post a Comment